Apa Yang Perlu Anda Tahu Tentang Mulching
Https://shopee.com.my/stokoshop99?Smtt=0.0.9
Tip penjagaan taman/kebun/ladang (edisi ke-2)
Bismillahhirrahmannirrahim.
‘mulching’,
‘soil cover’ sungkupan dan kompos
‘mulching’
atau sungkupan adalah satu lapisan yang digunakan keatas permukaan tanah.
Antara sebab sebabnya ialah untuk menjaga kelembapan tanah, meningkatkan
kesuburan dan kesihatan tanah, mengawal pertumbuhan rumput dan lalang dan
memperlihatkan keindahan kawasan sekitar. Teknik ini adalah berasaskan organik
dan sangat popular dikalangan masyarakat petani, peladang, dan juga mereka yang
suka menanam di seluruh dunia.
Ada
perbagai jenis ‘mulch’ yang sedia ada yang boleh kita gunakan dalam proses
‘mulching’ ini. Antaranya dedaun kering yang gugur, rumput kering, ‘woodchip’,
jerami, sabut kelapa, ‘silvershine’(plastic pertanian), batu batuan, bahan
kompos dan banyak lagi yang boleh digunakan.
Bahan bahan ini
kebiasaannya boleh di dapati hanya di kawasan sekitar ataupun dari pusat atau
syarikat penjagaan alam sekitar yang mengendalikan bahagian landskap dan
buangan sisa hijau.
Selalunya pihak
syarikat akan memberinya secara percuma kerana mereka juga menghadapi masalah
tempat pembuangan sisa sisa tersebut. Jadi bertanyalah kepada mereka dan
mungkin sediakanlah sedikit duit kopi kepada penghantar sisa sisa itu jika anda
mendapatkannya secara percuma(optional).
Pada tahun 2018,
saya mengerjakan projek permakultur untuk batas di kebun saya di bangi lama,
selangor.
Antara masalah yang
saya hadapi ialah keadaan tanah. Keadaan tanah disitu sememangnya bukanlah
tanah jenis untuk pertanian yang gemburdan subur kerana asalnya tanah disitu
adalah tempat pembuangan sisa bangunan yang penuh dengan batu batuan dan
sampah.
Bayangkan nak
mencangkul sahaja pun tersangat lah azab. Hanya tuhan saja yang tahu perasaan
saya ketika itu hendak menyiapkan batas ini berseorangan.
Batas yang saya buat
asalnya hanyalah batas yang diperbuat daripada pasir. Kemudian saya campurkan
hampas kelapa yang diambil di pasar ketika itu.
Idea awalnya bertujuan untuk memberi nutrisi awal bahan organik kedalam media batas.
Sikit demi sedikit
saya membina batas itu dari bahan bahan tersebut sehingga selesai.
Banyak juga ‘mulch’
yang saya gunakan ketika itu. Termasuklah ‘woodchip’ yang telah saya kisar
halus dengan mesin, dan menaburkan di atas permukaan batas supaya kelihatan
lebih kemas dan halus untuk ‘finishing’ batas itu.
Hasil woodchip yang
dikisar halus.
'Finishing' batas selepas ditabur 'mulch' halus
Tanaman
jagung (sebelum)
Tanaman jagung
(kemudian)
‘silvershine’ juga
boleh digunakan sebagai ‘mulch’. Ada kawan seangkatan membuat projek fertigasi
berdekatan menggunakan bahan tersebut.saya meminta sedikit jasa daripadanya
untuk memberikan saya lebihan bahan tersebut untuk saya gunakan.
Penggunaan ‘silvershine’ juga ada kelebihannya tersendiri. Selain menutup permukaan batas, ia juga menggalakkan pembiakkan microb seperti ‘mycelium’
(mai-si-li-um), dan ‘microscoping
organisms’. Kumpulan spesis ini amat suka pada kawasan yang berlindung dari
cahaya matahari.
Mycelium berfungsi
sebagai rangkaian ‘network’ atau ‘internet’ di dalam tanah untuk menyalurkan
nutrisi dan maklumat kepada tanaman. Mereka memanggilnya ‘underground internet’.
Di alam natural, tanaman atau pokok pokok berhubung sesama sendiri dan dengan
yang lain mengunakan fungi internet.
'Microscoping organisms’
seperti cacing, ulat gonggok, ulat microb, dan seumpamanya membantu dalam
pengudaraan dan pengemburan tanah, mengurai bahan material organik. Mereka juga
akan meninggalkan sisa buangan yang boleh dijadikan baja.
Untuk bahagian
landskap, kawalan rumput dan lalang boleh dicegah dengan menggunakan surat
kabar atau kotak yang telah dibasahkan. Ini bertujuan untuk membina sempadan
atau menekan rumput atau lalang daripada tumbuh setelah ‘mulching’ ditabur di
kawasan tanaman.
Penggunaan surat
kabar atau kotak ini lebih efficien berbanding tanpa penggunaannya.
Organik ‘mulch'
mengandungi 2 bahagian iaitu ‘green matter’ dan ‘brown matter’.
'Green matter’
adalah dedaun hijau seperti daun, rumput, sayuran, buah buahan, sisa dapur dan
seumpanya.
‘brown matter’ pula
seperti habuk kayu, kertas, kotak, ‘woodchip’, ranting kayu, kulit kayu dan
sabut kelapa dan seumpanya.
Rumput kering
Kandungan ‘green
matter’ dan ‘brown matter’ ini harus seimbang. Kegagalan dalam mengimbangi
kedua elemen ini akan menyebabkan masalah dalam proses pengomposan.
Apabila kandungan ‘green
matter’ terlalu berlebihan akan mengakibatkan bau busuk, dan proses mengomposan
akan lebih lambat. Jika berlaku perkara sedemikian, tambah ‘brown matter’
padanya. Nisbah yang saya cadangkan ialah 1/3 ‘green matter’ dan 2/3 ‘brown matter’.
Bangkai, tahi binatang, tulang, sisa ikan tidak digalakkan kerana mengundang
mahluk lain di kawasan anda nanti.
Di negara luar, saya
melihat mereka membina ‘compos bin’ mereka sendiri. Ada yang 2 bahagian, 3
bahagian, dan 4 bahagian pun ada. Ini bertujuan untuk membuat ‘turnover’ pada
kompos kompos tersebut dan membantu pengudaraan longgokan kompos.
'3 compartment
compos bin'
Longgokkan kompos
akan mengeluarkan wap apabila betul komposisi aturannya. Suhu dan kelembapan
memainkan peranan penting dalam proses mengomposan ini. Suhu seharusnya tidak
terlalu panas, dan tidak terlalu sejuk. Longgokkan kompos juga tidak boleh
terendam di dalam air.
Sehingga satu masa,
kesemua material tersebut akan menjadi kompos yang sedia untuk digunakan.
Tempoh masa 6 bulan sehingga 1 tahun.
Sedikit kata kata
dari saya. Perubahan besar bermula dari kita. Mulalah dengan berkoneksi pada
pencipta dan ciptaannya. Lihat pada kejadiannya dan ikuti rentaknya.
Cari sumber untuk ‘mulching’
yang ada di kawasan sekitar/lokal yang tersedia untuk anda.
Jika anda mempunya ‘chipper’,
gunakan sebaiknya.
Jika anda mempunyai laman, kumpul rumput yang telah ditetas.
Jika anda mempunyai pokok, kumpul dedaunnya.
Jika anda membeli atau menerima surat kabar, simpan sebaiknya.
Pokok yang besar
juga membantu dalam proses ‘mulching’
Dalam mengaplikasikan
teknik ‘mulching’ ini pada taman, kebun dan ladang anda, anda akan menjadi
sebahagian dalam:
1. Mencegah pemampatan tanah.
2. Melindungi kehakisan tanah.
3. Memulihara air
4. Membasmi mahluk perosak dan kawalan lalang.
5. Membasmi penggunaan baja kimia
6. Dan yang paling agung, menubuhkan kesuburan lapisan tanah untuk generasi
akan datang.
Hal yang terbaik tentang ‘mulching’
ialah ia memberi manfaat pada semua jenis tanah. Tak kira dimana anda berada di
dunia ini. Jika anda meletakkan ‘mulching’, alam akan turut menyertai dan
menguruskan semuanya untuk anda. Dan anda akan lebih diberkati kelak.
Apapun kita
merancang, allah juga merancang. Sebaik baik rancangan kita, baik lagi
perancangan allah. Tapi apa yang penting adalah pilihan yang ada untuk kita
untuk memulakan suatu hal dalam perancangan yang telah dirancang. Selebihnya
kita serahkan kepada allah. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk kita.
Insyaallah.
Saya ada tanam macam macam juga jenis sayuran
kontan di batas ni. Untuk kegunaan rumah. Ada lah sikit sikit. Dengan adanya
sistem paritan untuk irigasi, pokok pokok lebih terjamin.
Bayam brasil antara tanaman sayuran yang paling
mudah tanam. Ambil keratan dan cucuk ke tanah. Kalau tabur daunnya pun boleh
tumbuh.
Chinese cabbage. Sayur ni sedap dan manis.
Kacang
panjang, yang saya tanam ni jenis renek. Tak perlu anjung. Cukup besar tu dia
dah mula nak berbuah. Sekarang sedang berbunga.
Kangkung. Hari tu
beli benih dapat sikit. Ini saja yang ada. Baru ni saya beli benih, dapat
banyak juga. Dah tabur dekat batas yang sama. Penuh la sikit batas ni nanti.
Siew park choy.
Masak goreng sos tiram. Boleh jilat screen tau kalau tengok.
Bunga matahari. Beli
dekat kedai rm2. Naik elok. Saya tanam sebab mahukan cahayanya menyinari kebun
mini saya nanti.
Serai. Yang ini saya
tanam dengan teknik 4 penjuru. Sekejap masa berlalu.
Sawi. Daun ok tak
kena gigit ulat sangat. Pesticide free.
Sekian saja penerangan saya untuk hari ini. Semoga dapat manfaat dari ilmu yang saya kongsikan. Saya harap penerangan saya dapat difahami oleh semua. Saya sadam arffain peladang bunga kantan.
Comments
Post a Comment