Lelaki Ini Mengamalkan Teknik Permaculture Di Ladangnya, Apakah Kesudahannya?

.



 

TIP PENJAGAAN TAMAN/KEBUN/LADANGy,xyfygxyfx7u7y.0




Xxfxxyxyxfyxy,yt6$7gugu


Bismillahhirrahmannirrahim.



Projek Permakultur

Permakultur atau lebih dikenali sebagai ‘permaculture’ adalah salah satu teknik yang popular di kalangan petani, peladang, dan juga mereka yang suka menanam di seluruh dunia. Permakultur juga dianggap satu teknik yang lebih lestari atau ‘sustainable’ kerana ia seperti mimikan alam semulajadi berkerja tanpa memerlukan sentuhan atau daya kerja dari manusia itu sendiri, contoh seperti pokok pokok yang hidup di dalam hutan.

Sebelum saya mulakan ke titik isinya, izinkan saya mengenalkan diri saya dahulu. Nama saya Saqdam Zaim Bin Arffain.




Saya memulakan projek permakultur ini pada awal tahun 2016 di suatu tanah yang agak luas setelah berhenti kerja sebagai tukang masak pada tahun 2015. Saya memulakan projek ini secara bersendirian.



Jadi saya ingin mengongsikan pengalaman saya pada umum. Saya akan bercerita berdasarkan pengalaman yang ada.



Masalah yang paling kritikal bagi saya pada masa itu adalah MASA. Masa tidak mencukupi bagi saya untuk melakukan hal hal yang baru dan lain kerena sibuk dengan mengawal lalang rumput, menyiram, dan membaja. Saya mengelakan penggunaan racun rumpai kerana saya ingin keluaran hasil saya berasaskan organik.


Oleh disebabkan itu saya mula berfikir bagaimana untuk meminimaliskan daya kerja supaya kerja lebih effisien dan produktif.
Melihat bagaimana alam semujadi berkerja dalam mengimbangi kelestarian kehidupan,



Akhirnya, saya mula mengambil langkah dengan meniru bagaimana alam semulajadi bekerja. Maka bermulalah projek permakultur ini.


Idea awalnya saya mengutip semua sampah dedaun di kawasan taman perumahan saya ketika itu. Ada juga saya mengutip habuk-habuk kayu di kilang kayu berdekatan kemudian saya longgokan semuanya di suatu tempat di ladang saya.


Saya memanggil longgokkan sampah ini sebagai ‘Bank’ kerana suatu masa nanti, semua sampah ini akan bertukar menjadi ‘EMAS’.


As a c .

Saya juga dapat longgokkan pokok yang sudah dihancurkan dari pihak Majlis Perbandaran. Banyak juga ketika itu. Permakultur mengajar saya banyak pengertian tentang ‘sumber’.


Jadi saya mula menutup permukaan tanah dengan daun daun itu di seluruh kebun. Bagi mencegah lalang rumput dari tumbuh meliar.


Rumput lalang menjadi satu tekanan kepada petani petani untuk mengawal pertumbuhannya. Saya akan memanggil daun daun ini sebagai 'mulching'.


Plastik juga boleh digunakan sebagai 'mulching'. Namun, plastik ini tidak begitu effisien kerana mudah koyak dan reput. Akan menjadi masalah lebih teruk pada masa akan datang.


Saya menggantikan semua dengan 'mulching' yang baru.


Penggunaan 'mulching' ini lebih effisien dan sedap mata memandang.


Dikawasan pokok pokok yang saya tanam pun saya 'mulching'.


 Keadaan selepas 'mulching'                                       


Keadaan selepas 'mulching'
                     
 Pokok jagung pun saya 'mulching'                                    


Pokok jagung mula berbuah


Hasil buah jagung. Ditanam secara organik.

Rumput lalang tak tumbuh, tanah dalam keaadan lembap yang panjang. Lagi lagi selepas hujan. Daun daun itu mengekal kelembapan tanah secara tak langsung. Daun daun itu juga akan menjadi baja, organik.


Awal keadan pokok kantan yang disemai pada tahun 2017


Pokok kantan di tempat yang sama pada tahun 2018


Pokok kunyit pun saya 'mulching' (sebelum)



Pokok kunyit (selepas)




Rumput lalang yang dipotong dan sudah mengering juga boleh dijadikan sebagai 'mulching'


Apabila hujan. 'Mulching' ini akan bertindak sebagai agent penyerap air. Jadi tak perlu lagi kerap menyiram. Lalang pun tak ada. Baguskan?


Longgokan daun daun itu tak lama kemudian mula mereput dan menjadi baja. Saya gunakan untuk tanaman tanaman saya.


'Collect Emas' dari bank untuk di baja pada pokok. 'Mulching' ini juga menggalakkan pertumbuhan microb dan 'benificial fungus'.



'Benificial fungus' itu adalah salah satu spesis kulat untuk memberi nutrient dan memasang jaringan dalam tanah. Mereka berhubung dengan akar pokok untuk menyalurkan nutrient. Fungus akan membentuk 'mycelium' yang berwarna putih seperti jaringan labah labah.



Biasanya selepas hujan, 'mycelium' ini akan mengeluarkan cendawan. Dan sampai satu masa, cendawan cendawan ini juga menjadi baja secara tidak langsung.



Ulat ini salah satu spesis yang saya gunakan untuk mempercepatkan proses pereputan daun daun itu selain daripada ulat gonggok dan spesis lain yang datang secara semula jadi. Hasil buangan tahi dari ulat ulat ini akan menjadi baja yang boleh kita gunakan.



Saya juga ada menggunakan mesin penghancur untuk mempercepatkan lagi proses pereputan 'mulch'



Stok 'mulch' setelah dimesin untuk di tabur



Selesai semua proses permakultur ini, beban kerja saya mula menurun sebanyak 70%. Hasilnya sangat memberansangkan. Alhamdullilah. Saya dapat merasakan alam mula menyertai perjuangan saya walaupun keseorangan.


Pada tahun 2019, saya memperluaskan lagi tanaman pokok kantan di bangi lama, selangor. Saya bahagikan kepada 2 bahagian. Untuk eksperimen tatapan umum. Khas untuk anda semua.


Satu bahagian saya 'mulching'


Satu lagi tiada 'mulching'.

Boleh lihat perbezaan antara eksperiment ini. Saya jarang di ladang kerana saya lebih suka menghabiskan masa untuk diri sendiri dan keluarga. Alhamdullilah, inilah hasil. Alam yang banyak membantu menjaga pokok pokok saya.


Sementara disebelah, ini lah rupanya tanpa 'mulching'. Rumput lalang tumbuh meliar. Pokok tumbuh tidak sekata, dan tidak subur. Anda boleh nilaikan..........


Jadi ini lah perkongsian saya untuk hari ini. Semoga dapat manfaat dari ilmu yang saya kongsikan. Saya harap penerangan saya dapat difahami oleh semua.


Saya tahu, ada ramai juga orang di luar sana seperti saya. Saya harap post ini dapat meningkatkan semangat, keyakinan, dan kesedaran kepada siapa pun yang membaca agar tidak mudah berputus asa dalam berusaha. Saya Sadam Arffain peladang bunga kantan. Sekian terima kasih.


                                             My bisnes card.

                                          Beli pokok anda di sini


                                           Honourable picture


                                            Honourable picture


                                          Honourable picture


                                            Honourable picture


                                           Honourable picture








 











Comments